Monday, February 8, 2010

KEPENTINGAN DASAR LUAR MALAYSIA

1) Pertimbangan nasional (national needs) paling penting yg menentukan dasar sesebuah negara.

2) Dasar luar bg wujud hub serantau yg berupaya mjamin kedaulatan, keselamatan & keamanan sesebuah negara.

3) Negara2 moden tidak boleh memisahkan diri bg memenuhi kepntgn penduduk.

4) Mbolehkan sesebuah negara mjalinkan persahabatan & kerjasama 2 hala dlm pelbagai bidang.

5) Mgukuhkan kerjasama melalui bantuan dlm teknikal, pendidikan, eko dll.

MATLAMAT DASAR LUAR MALAYSIA

1)MATLAMAT JANGKA PENDEK
-mpertahan kepentingan nasional.
-mgabsahkan kebebasan & kedaulatan khusus bagi negara yg baru merdeka.
-mlindungi kedudukan negara dari ancaman luar.

2)MATLAMAT JANGKA PERTENGAHAN
-lebih tumpu pd kepentingan ekonomi.
-lebih pada usaha2 utk menonjolkan negara di mata dunia.
-melibatkan dr dlm ptubuhan a/bangsa.
-mjadi org tengah bagi myelesaikan konflik.

3)MATLAMAT JANGKA PANJANG
-usaha utk kuasai sistem a/bangsa melalui idea @ ideologi.
-lazim diamalkan oleh kuasa besar. Order Baru Dunia, Globalisasi, Borderless world, sistem eko. dll.

TAKRIF DASAR LUAR

MICHAEL BERKAWITZ-prinsip2 dan perlakuan yg digunakan oleh sesebuah negara utk mgawal perhubungan dgn negara lain.

WILLIAM WALLACE-tindak balas keadaan yg berlaku di dunia.

N.J. RADELFORD & GEORGE A. LINCOLN-cara bagaimana sesebuah negara membuat penyelesaian thadap keadaan di luar negara.

P.A REYNOLD-deretan perlakuan oleh pelbagai bahagian dlm kj sesebuah negara apabila mengadakan hub dgn bdn2 lain di prgkat a/bangsa.institut-ada saluran diplomatik.

J.SARAVANAMUTTU-kegiatan yg sering diubahsuai atau diperolehi ekoran drpd perubahan sekitar dunia.

Sunday, February 7, 2010

JENIS WARISAN

Warisan dibahagikan kepada 2 kategori utama iaitu :

WARISAN KETARA (TANGIBLE HERITAGE)
•Sesuatu yang kekal dilihat dan dipegang sama ada statik atau mudah alih. Ianya bolehlah dikategorikan seperti berikut :

A) Statik
•merujuk kepada tapak tanah bersejarah, monumen, bangunan atau sesuatu yang tidak boleh dipindahkan
•Tapak tanah bersejarah (cth : Lembah Bujang, Pusat Bandar Lama Melaka, Kaw. Perlombongan Sg.Lembing)
•Monumen / Bangunan (cth : Istana, Kubu, Makam, Menara)
•Alam Semulajadi (cth : hutan, gunung, gua, sungai, flora & fauna, geologi)

B) Mudah alih
•merupakan artifak-artifak bahan budaya yang boleh dipindahkan
Cth : Artifak (cth : batu nisan, tekstil, ukiran kayu, manik, manuskrip)

Senarai Warisan Budaya Ketara
• Tapak Warisan Budaya (Cultural Heritage Sites)
• Bandar / Kota Bersejarah (Historic Cities)
• Lanskap Budaya (Cultural Landscape)
• Tapak Suci Semulajadi (Natural Sacred Sites)
• Warisan Budaya Mudah Alih (The Movable Cultural Heritage)
• Muzium (Museums)
• Warisan Budaya Dalam Air (Underwater Cultural Heritage)
• Kraftangan (Handicrafts)
• Warisan Dokumentari & Digital (The Documentary & Digital Heritage)
• Warisan Sinematografi (The Cinematographic Heritage)

WARISAN TAK KETARA (INTANGIBLE HERITAGE)
•Warisan tidak nyata adalah ilmu dan kepakaran yang ditafsir melalui tradisi lisan, nilai-nilai adat dan budaya, bahasa & persuratan.
Cth : Acara perayaan, ritual & kepercayaan, seni persembahan, seni tampak, seni perubatan tradisional, sukan dan permainan tradisional

Senarai Warisan Budaya Tak ketara
• Tradisi Lisan (Oral Traditions)
• Bahasa (Languages)
• Acara Perayaan (Festive Events)
• Ritual & Kepercayaan (Rites & Beliefs)
• Muzik & Lagu (Music & Songs)
• Seni Persembahan (The Performing Arts)
• Perubatan Tradisional (Traditional Medicine)
• Sastera (Literature)
• Tradisi Makanan (Culinary traditions)
• Sukan & Permainan Tradisional (Traditional Sports & Games)

Senarai Warisan Semulajadi
• Taman Negara & Taman Negeri (National Parks & State Parks)
• Taman Laut (Marine Park)
• Kawasan Tanah Lembap (Wetlands) / RAMSAR Sites
• Hutan Simpan Paya Bakau
• Hutan Simpan
• Rezab Hidupan Liar
• Rezab Mergastua
• Rezab Orang Asli
• Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar (Wildlife Rehabilitation Centre)
• Sungai, Tasik dan Laut

WARISAN & ANTIKUITI MALAYSIA

1) Apakah definisi warisan?

Warisan adalah sesuatu yang diwarisi dari generasi yang terdahulu. Ia merupakan khazanah negara yang pernah atau sedang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu kelompok masyarakat atau manusia sejagat yang menjadi tanggungjawab bersama untuk dilindungi dan dikekalkan.Warisan kita adalah ilmu, pengetahuan dan kepakaran yang diwariskan kepada kita memalui cara hidup, kepercayaan yang dijelmakan melalui objek budaya. Ia menggambarkan memori keseluruhan hidup masyarakat serta melambangkan ketamadunan sesuatu masyarakat itu.

2) Apakah skop-skop di dalam warisan?

-Berdasarkan kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005, pembahagian skop warisan adalah seperti berikut :

a) Tapak Warisan
-Iaitu kawasan atau zon warisan kebudayaan seperti tapak arkeologi, bandar, kampung dan lain-lain termasuk momumen, bangunan, dan tapak alam semulajadi seperti hutan, tasik dan lain-lain termasuk flora dan fauna.

b) Objek Warisan
-Iaitu meliputi benda-benda purba mudah alih, artifak, warisan kebudayaan ketara dan warisan kebudayaan tak ketara yang telah diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Harta karun (harta yang sengaja disorokkan) tidak termasuk di bawah kategori ini.

c) Warisan Kebudayaan Bawah Air
-Iaitu sesuatu warisan yang berada di bawah permukaan laut yang mempunyai hasil atau kesan campurtangan manusia yang meliputi tapak, struktur, bangunan, artifak, pesawat udara, kapal, kargo, objek prasejarah serta gabungan kesan arkeologi dan alam semulajadi yang telah diwartakan di bawah Seksyen 63, Akta Warisan Kebangsaan 2005.

d) Warisan Orang Hidup
-Iaitu mana-mana tokoh yang masih hidup yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang berkaitan warisan serta telah diisytiharkan sebagai Warisan Orang Hidup di bawah Seksyen 67, Akta Warisan Kebangsaan 2005.