Wednesday, September 29, 2010

ASAL USUL BESOUT, SUNGKAI



Menurut cerita orang-orang tua, nama Gunung Besout berasal dari kawasan gunung. Dahulu, kedudukan gunung-ganang yang menghadap antara satu sama lain menyebabkan bunyi bersahut-sahutan setiap malam. Oleh kerana bunyi bergema berkenaan sering kedengaran, maka nama tanah rancangan dikenali sebagai Gunung Besout. Nama Besout diambil sempena perkataan “bersahut”.

Tuesday, September 28, 2010

STRATIFIKASI SOSIAL MASYARAKAT MELAYU


Stratifikasi sosial masyarakat Melayu yang berperingkat jelas telah diperincikan dalam Sejarah Melayu. Dalam karya tersebut, masyarakat Melayu tradisional dibahagikan kepada dua golongan atau kumpulan iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah dan diperintah masing - masing terbahagi pula kepada beberapa kelompok yang lebih kecil bercirikan taraf, kedudukan, dan peranan yang dapat dimainkan dalam masyarakat. Namun begitu, kecenderungan terhadap pemerintah boleh dilihat dalam segi poltik, undang – undang, ketenteraan, ekonomi, dan adat – istiadat.[1]



[1] J. M Gullick, Sistem Poltik Bumiputera Tanah Melayu Barat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1970, hlm 106.

DEFINISI ADAT

DEFINISI ADAT Menurut Kamus Dewan ,Adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan1 Etimologi perkataan adat adalah dari bahasa Arab “Adah” yang bererti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang tetap dan dihormati orang,maka kebiasaan itu menjadi adat[1]. Kata majmuk adat ialah adat istiadat.Apabila konsep adat dijadikan istilah Melayu perkataan ini boleh disamakan dengan kebudayaan.Konsep adat dalam masyarakat Melayu bukan sahaja bermaksud istiadat atau upacara tetapi termasuk seluruh sistem hidup seperti sistem sosial, kepercayaan dan perundangan [2].


Adat Istiadat dalam masyarakat Melayu tradisional ialah segala yang berkaitan dengan proses kehidupan manusia bermula apabila seseorang itu lahir hingga beliau meninggal dunia. Adat Istiadat boleh dibahagikan kepada dua iaitu adat yang diamalkan oleh golongan bangsawan dan rakyat biasa. Menurut Dr.Van Dijk mengatakan adat merupakan kesusilaan dan kebiasaan di semua lapangan hidup dan semua peraturan dan tingkah laku [3]. A.J.N Richard pula menakrifkan adat sebagai “colloquially,adat can mean law,fashion,personal and sosial behavior [4].


Adat diamalkan sekitar 2000 tahun dan berkembang bersama-sama dengan seluruh proses peradaban dan ketamadunan melayu.Adat bukan sekadar kebiasan,keresaman tetapi cara hidup.Alam sekitar juga mempengaruhi adat melayu.Pepatah juga ada mengatakan ‘Hidup Dikandung Adat Mati Dikandung Tanah’. Adat bukan sahaja diamalkan oleh orang Melayu sahaja tetapi melibatkan juga kaum peribumi lain seperti kaum Temuan, Jakun, Negrito dan sebagainya.



[1] S. Gazalba, Penghantar Kebudayaan Sebagai Ilmu,Pustaka,Jakarta,1990, hlmn 296

[2] Abdul Latif Abu Bakar, Adat Melayu Serumpun,Penerbit Universiti Malaya,Kuala Lumpur,2001,hlmn 88

[3] S.Gazalba,Penghantar Kebudayaan Sebagai Ilmu, Pustaka, Jakarta,1990, hlmn 297

[4] Ibid, hlmn 297

ASAL USUL BATANG PADANG

~ terbitnya nama Batang Padang dikatakan berpunca dari cerita sebatang pokok yang merentang sebuah padang. mengikut ceritanya, 7 batu jauh ke hulu Sg. Btg Pdg itu terdapat sebuah kawasan atau padang yang begitu luas kira-kira 5 ekar. di situ, tumbuhnya sebatang pokok merbau yang dipercayai keramat kerana seorang budak telah terkena penyakit gatal akibat menakik pokok itu hingga membawa maut. seorang pemuda yang menakik pokok itu juga ditimpa nasib malang juga seperti budak itu.lalu org kampung telah memagar pokok itu. org kampung pada masa itu percaya kpd perkara tahyul. percaya bahawa pokok itu keramat. tidak berapa lama kemudian, pokok itu tumbang lalu merentangi sungai itu. cerita yg lain pula, Sg Btg Pdg ketika air naik atau banjir sering membawa btg pokok, apabila surut, byklah batang2 pokok yang terdampar di atas daratan. itulah kisahnya..wallahuallam.

Sunday, September 26, 2010

BENTUK PERTAHANAN TANAH MELAYU

SEBELUM MERDEKA- pertahanan di bwh British, begitu juga dgn ekonomi, pentadbiran & hub luar. Semasa Perang Dunia II, digantikan dgn Tentera Komonwelth (Commonwelth Strategic Reserve). 1946, tentera TM di bwh BMA (British Military Administration). BMA sistem yang lemah. gagal, & korup.

1940 an- CSR- (Commonwealth Strategic Reserve)
-digunakan oleh Britain dan Ausssie bagi tugas di Indochina.
PM Aussie, Sir Robert Menzies myatakan keputusan bkerjasama Britain dan NZ bagi pertahanan kawasan Pasifik termasuk Tanah Melayu.

1948-ANZAM ( Australia, New Zealand dan Malayan Area)
18 Jun 1948 _ Darurat bmula di Perak dan Johor. Ben Chifley, PM Australia beranggapan ia sbg luahan semangat nasionalisme dan tuntutan ekonomi.
Colombo Plan-utk gagalkan ancaman komunis TM 10, 000 tentera gagal sekat 3000 komunis

1952-ANZUS (Australia, New Zealand, United States Security Treaty)
- ANZUS tidak mjamin keselamatan TM. Tiada Perjanjian. ANZUS akan pertimbang sama ada ingin tolong atau tidak.

1954-SEATO (Southeast Asia Treaty Organization)- Merupakan pertahanan blok Barat menentang pengaruh Komunis.
-dipelopori oleh AS dan Britain.
- Format asal dari Nato.
-Mjaga Asia Tenggara dari pengaruh British.

12 Oktober 1957-AMDA( Anglo Malayan Defence Agreement)
-Pjanjian dgn Britain utk pertahanan TM slps merdeka.
-ganti peranan CSR dan SEATO.
-slps 1963, jadi Anglo Malaysia Defence Agreement.