< SEJARAH adalah mengenai KEBENARAN >
Wednesday, September 29, 2010
ASAL USUL BESOUT, SUNGKAI
Menurut cerita orang-orang tua, nama Gunung Besout berasal dari kawasan gunung. Dahulu, kedudukan gunung-ganang yang menghadap antara satu sama lain menyebabkan bunyi bersahut-sahutan setiap malam. Oleh kerana bunyi bergema berkenaan sering kedengaran, maka nama tanah rancangan dikenali sebagai Gunung Besout. Nama Besout diambil sempena perkataan “bersahut”.
Tuesday, September 28, 2010
STRATIFIKASI SOSIAL MASYARAKAT MELAYU
Stratifikasi sosial masyarakat Melayu yang berperingkat jelas telah diperincikan dalam Sejarah Melayu. Dalam karya tersebut, masyarakat Melayu tradisional dibahagikan kepada dua golongan atau kumpulan iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah dan diperintah masing - masing terbahagi pula kepada beberapa kelompok yang lebih kecil bercirikan taraf, kedudukan, dan peranan yang dapat dimainkan dalam masyarakat. Namun begitu, kecenderungan terhadap pemerintah boleh dilihat dalam segi poltik, undang – undang, ketenteraan, ekonomi, dan adat – istiadat.[1]
[1] J. M Gullick, Sistem Poltik Bumiputera Tanah Melayu Barat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1970, hlm 106.
DEFINISI ADAT
DEFINISI ADAT Menurut Kamus Dewan ,Adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan1 Etimologi perkataan adat adalah dari bahasa Arab “Adah” yang bererti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang tetap dan dihormati orang,maka kebiasaan itu menjadi adat[1]. Kata majmuk adat ialah adat istiadat.Apabila konsep adat dijadikan istilah Melayu perkataan ini boleh disamakan dengan kebudayaan.Konsep adat dalam masyarakat Melayu bukan sahaja bermaksud istiadat atau upacara tetapi termasuk seluruh sistem hidup seperti sistem sosial, kepercayaan dan perundangan [2].
Adat Istiadat dalam masyarakat Melayu tradisional ialah segala yang berkaitan dengan proses kehidupan manusia bermula apabila seseorang itu lahir hingga beliau meninggal dunia. Adat Istiadat boleh dibahagikan kepada dua iaitu adat yang diamalkan oleh golongan bangsawan dan rakyat biasa. Menurut Dr.Van Dijk mengatakan adat merupakan kesusilaan dan kebiasaan di semua lapangan hidup dan semua peraturan dan tingkah laku [3]. A.J.N Richard pula menakrifkan adat sebagai “colloquially,adat can mean law,fashion,personal and sosial behavior [4].
Adat diamalkan sekitar 2000 tahun dan berkembang bersama-sama dengan seluruh proses peradaban dan ketamadunan melayu.Adat bukan sekadar kebiasan,keresaman tetapi cara hidup.Alam sekitar juga mempengaruhi adat melayu.Pepatah juga ada mengatakan ‘Hidup Dikandung Adat Mati Dikandung Tanah’. Adat bukan sahaja diamalkan oleh orang Melayu sahaja tetapi melibatkan juga kaum peribumi lain seperti kaum Temuan, Jakun, Negrito dan sebagainya.
ASAL USUL BATANG PADANG
Sunday, September 26, 2010
BENTUK PERTAHANAN TANAH MELAYU
Saturday, July 31, 2010
SUMBER SEJARAH
Antara contoh sumber ketiga ialah:
1) bibliografi
2) katalog perpustakaan
3) buku panduan
4) senarai bacaan
5) indeks/ abstrak/ manual/ fakta-fakta buku/
SUMBER2 LAIN.
1) SUMBER LISAN
2) SUMBER AUDIO-VISUAL/INTERNET
3) SUMBER ARKEOLOGI
KEPENTINGAN SUMBER SEJARAH:
1) sbg punca pertama utk memahami peristiwa lepas.
2) dpt mjelaskn kebenaran sj dr sudut validity
3) sbg kajian awal (literature review)
4) sbg panduan utk mcari sumber2 yg lain
5) penting utk menampal tompok2 sj yg mungkin tiada dlm btk tulisan.
6) mbantu memberi gmbrn yg lengkap mgenai sesutau peristiwa yg berlaku.
7) utk mberi pjelasan mngenai tinggalan lama, monumen, artifak..dll.
8) dpt menanamkn smgt ingin tahu (curiosity) yg kuat utk mgetahui asal usul sesuatu tamadun.
9) dpt mberikan kepuassan kendiri kpd pgakaji sj.
10) dpt mgasah kmahiran yg tersedia ada di samping mnmbh lg kmhrn, dan pengetahuan mngenai pggunan teknologi cggih.
11) dpt menarik minat pembace dan mjdkan seseuatu penulisan sj mnarik dgn adenye gmbr2 sekaligus dpt mberikan pemhmn yg jelas.
12) memudahkn pkji btukar mklumat dgn ahli sj yg lain di smping mempercepatkan pcarian maklumat.