DEFINISI ADAT Menurut Kamus Dewan ,Adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan1 Etimologi perkataan adat adalah dari bahasa Arab “Adah” yang bererti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang tetap dan dihormati orang,maka kebiasaan itu menjadi adat[1]. Kata majmuk adat ialah adat istiadat.Apabila konsep adat dijadikan istilah Melayu perkataan ini boleh disamakan dengan kebudayaan.Konsep adat dalam masyarakat Melayu bukan sahaja bermaksud istiadat atau upacara tetapi termasuk seluruh sistem hidup seperti sistem sosial, kepercayaan dan perundangan [2].
Adat Istiadat dalam masyarakat Melayu tradisional ialah segala yang berkaitan dengan proses kehidupan manusia bermula apabila seseorang itu lahir hingga beliau meninggal dunia. Adat Istiadat boleh dibahagikan kepada dua iaitu adat yang diamalkan oleh golongan bangsawan dan rakyat biasa. Menurut Dr.Van Dijk mengatakan adat merupakan kesusilaan dan kebiasaan di semua lapangan hidup dan semua peraturan dan tingkah laku [3]. A.J.N Richard pula menakrifkan adat sebagai “colloquially,adat can mean law,fashion,personal and sosial behavior [4].
Adat diamalkan sekitar 2000 tahun dan berkembang bersama-sama dengan seluruh proses peradaban dan ketamadunan melayu.Adat bukan sekadar kebiasan,keresaman tetapi cara hidup.Alam sekitar juga mempengaruhi adat melayu.Pepatah juga ada mengatakan ‘Hidup Dikandung Adat Mati Dikandung Tanah’. Adat bukan sahaja diamalkan oleh orang Melayu sahaja tetapi melibatkan juga kaum peribumi lain seperti kaum Temuan, Jakun, Negrito dan sebagainya.
sy ada ambil sedikit maklumat dari blog saudara. Mohon dihalalkan.
ReplyDeletesy amik info skit ye..untuk kerja kursus..mohon dihalalkan..
ReplyDeletehai sis, saya nak tanya.. dalam buku ibid tu.. A.J.N Richard menakrifkan itu pada tahun bila ya?
ReplyDeletesaya ambil sedikit info dari blog anda, mohon dihalalkan..
ReplyDeletesaya ambil info drpd blog anda . mohon dihalalkan
ReplyDeleteIzinkan saya menggunakan maklumat ini,terima kasih
ReplyDeletesaya menggunakan sedikit maklumat ini dalam kerja kursus, mohon dihalalkan :)
ReplyDeleteizinkan sye ambil info drpd blog anda, terima kasih.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteizinkan sye ambil info drpd blog anda,untuk kerja kursus.. terima kasih.
ReplyDeleteizin ambil sedikit info saudara
ReplyDeleteizinkan saya ambil info saudara. mohon dihalalkan .
ReplyDeleteizinkan saya ambil info saudara. mohon dihalalkan .
ReplyDeletesy ambil info dr blog saudara ni..utk esaimen.. mohon dialalkan..
ReplyDeletesy ambil info dr blog saudara ni..utk esaimen.. mohon dihalalkan..
ReplyDeletesaya ambil sedikit ilmu dari blog ini harap dihalalkan ya.
ReplyDeletesaya ambil sedikit info dari blog saudara..mohon di halalkan
ReplyDelete