Tuesday, September 28, 2010

ASAL USUL BATANG PADANG

~ terbitnya nama Batang Padang dikatakan berpunca dari cerita sebatang pokok yang merentang sebuah padang. mengikut ceritanya, 7 batu jauh ke hulu Sg. Btg Pdg itu terdapat sebuah kawasan atau padang yang begitu luas kira-kira 5 ekar. di situ, tumbuhnya sebatang pokok merbau yang dipercayai keramat kerana seorang budak telah terkena penyakit gatal akibat menakik pokok itu hingga membawa maut. seorang pemuda yang menakik pokok itu juga ditimpa nasib malang juga seperti budak itu.lalu org kampung telah memagar pokok itu. org kampung pada masa itu percaya kpd perkara tahyul. percaya bahawa pokok itu keramat. tidak berapa lama kemudian, pokok itu tumbang lalu merentangi sungai itu. cerita yg lain pula, Sg Btg Pdg ketika air naik atau banjir sering membawa btg pokok, apabila surut, byklah batang2 pokok yang terdampar di atas daratan. itulah kisahnya..wallahuallam.

No comments:

Post a Comment