Tuesday, September 28, 2010

STRATIFIKASI SOSIAL MASYARAKAT MELAYU


Stratifikasi sosial masyarakat Melayu yang berperingkat jelas telah diperincikan dalam Sejarah Melayu. Dalam karya tersebut, masyarakat Melayu tradisional dibahagikan kepada dua golongan atau kumpulan iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah dan diperintah masing - masing terbahagi pula kepada beberapa kelompok yang lebih kecil bercirikan taraf, kedudukan, dan peranan yang dapat dimainkan dalam masyarakat. Namun begitu, kecenderungan terhadap pemerintah boleh dilihat dalam segi poltik, undang – undang, ketenteraan, ekonomi, dan adat – istiadat.[1]



[1] J. M Gullick, Sistem Poltik Bumiputera Tanah Melayu Barat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1970, hlm 106.

No comments:

Post a Comment