Tuesday, September 28, 2010

DEFINISI ADAT

DEFINISI ADAT Menurut Kamus Dewan ,Adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan1 Etimologi perkataan adat adalah dari bahasa Arab “Adah” yang bererti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang tetap dan dihormati orang,maka kebiasaan itu menjadi adat[1]. Kata majmuk adat ialah adat istiadat.Apabila konsep adat dijadikan istilah Melayu perkataan ini boleh disamakan dengan kebudayaan.Konsep adat dalam masyarakat Melayu bukan sahaja bermaksud istiadat atau upacara tetapi termasuk seluruh sistem hidup seperti sistem sosial, kepercayaan dan perundangan [2].


Adat Istiadat dalam masyarakat Melayu tradisional ialah segala yang berkaitan dengan proses kehidupan manusia bermula apabila seseorang itu lahir hingga beliau meninggal dunia. Adat Istiadat boleh dibahagikan kepada dua iaitu adat yang diamalkan oleh golongan bangsawan dan rakyat biasa. Menurut Dr.Van Dijk mengatakan adat merupakan kesusilaan dan kebiasaan di semua lapangan hidup dan semua peraturan dan tingkah laku [3]. A.J.N Richard pula menakrifkan adat sebagai “colloquially,adat can mean law,fashion,personal and sosial behavior [4].


Adat diamalkan sekitar 2000 tahun dan berkembang bersama-sama dengan seluruh proses peradaban dan ketamadunan melayu.Adat bukan sekadar kebiasan,keresaman tetapi cara hidup.Alam sekitar juga mempengaruhi adat melayu.Pepatah juga ada mengatakan ‘Hidup Dikandung Adat Mati Dikandung Tanah’. Adat bukan sahaja diamalkan oleh orang Melayu sahaja tetapi melibatkan juga kaum peribumi lain seperti kaum Temuan, Jakun, Negrito dan sebagainya.



[1] S. Gazalba, Penghantar Kebudayaan Sebagai Ilmu,Pustaka,Jakarta,1990, hlmn 296

[2] Abdul Latif Abu Bakar, Adat Melayu Serumpun,Penerbit Universiti Malaya,Kuala Lumpur,2001,hlmn 88

[3] S.Gazalba,Penghantar Kebudayaan Sebagai Ilmu, Pustaka, Jakarta,1990, hlmn 297

[4] Ibid, hlmn 297

17 comments:

  1. sy ada ambil sedikit maklumat dari blog saudara. Mohon dihalalkan.

    ReplyDelete
  2. sy amik info skit ye..untuk kerja kursus..mohon dihalalkan..

    ReplyDelete
  3. hai sis, saya nak tanya.. dalam buku ibid tu.. A.J.N Richard menakrifkan itu pada tahun bila ya?

    ReplyDelete
  4. saya ambil sedikit info dari blog anda, mohon dihalalkan..

    ReplyDelete
  5. saya ambil info drpd blog anda . mohon dihalalkan

    ReplyDelete
  6. Izinkan saya menggunakan maklumat ini,terima kasih

    ReplyDelete
  7. saya menggunakan sedikit maklumat ini dalam kerja kursus, mohon dihalalkan :)

    ReplyDelete
  8. izinkan sye ambil info drpd blog anda, terima kasih.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. izinkan sye ambil info drpd blog anda,untuk kerja kursus.. terima kasih.

    ReplyDelete
  11. izinkan saya ambil info saudara. mohon dihalalkan .

    ReplyDelete
  12. izinkan saya ambil info saudara. mohon dihalalkan .

    ReplyDelete
  13. sy ambil info dr blog saudara ni..utk esaimen.. mohon dialalkan..

    ReplyDelete
  14. sy ambil info dr blog saudara ni..utk esaimen.. mohon dihalalkan..

    ReplyDelete
  15. saya ambil sedikit ilmu dari blog ini harap dihalalkan ya.

    ReplyDelete
  16. saya ambil sedikit info dari blog saudara..mohon di halalkan

    ReplyDelete